LATAR BELAKANG SYARIKAT

BOTA BEST ENTERPRISE adalah sebuah syarikat Bumiputra muslim  yang bergiat dalam industri permakanan. Di uruskan oleh usahawan-usahawan muda yang berpengalaman dalam bidang industri makanan. Berbekalkan semangat kerja yang berdaya maju dan agresif, kami bersatu tenaga dan fikiran dalam menentukan hala tuju BOTA BEST  ENTERPRISE sebagai sebuah syarikat yang terlibat secara langsung dalam industri makanan halal.

               Berpengkalan di Bota Kanan Perak, BOTA BEST ENTERPRISE telah mula beroperasi sejak 28 Disember 2006. Bidang perniagaan utama kami adalah sebagai pengeluar serta pengedar minuman berkarbonat untuk kegunaan pengguna terutama pengguna islam. Kami menyediakan tujuh jenis perisa minuman sebagai pilihan pengguna.

               Kami telah menerima begitu banyak sokongan dan kerjasama dari para peruncit serta pengguna yang telah dapat menerima produk kami. Sehingga kini produk kami telah di pasarkan di dalam Negeri Perak dan Selangor dan akan memperluaskan lagi pemasaranya di seluruh Negeri di Malaysia.

No comments:

Post a Comment