JOM MINUM BB DRINKS!! Anda Ceria, Kami Suka.

SEGERA!!

9 March 2015- Syarikat kami membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda untuk bekerja di syarikat kami. Kami mencari 2 orang pekerja sambilan (lelaki) dan 1 orang driver lori yg juga boleh membuat jualan luar (Jurujual).
Jika anda berminat, sila hadirkan diri ke kilang kami untuk  isi borang serta lampirkan salinan IC anda untuk simpanan kami.
Pihak kami akan menghubungi anda jika anda berjaya dipilih. Sekian,terima kasih.

JOM MINUM B.B DRINKS!! Anda Ceria, Kami Suka.

Mari Minum BB Drinks!

Minuman kami sedap dan selamat untuk diminum dan tidak memudaratkan kesihatan. Mulai Januari 2014, syarikat kami mempertingkatkan mutu dan kualiti minuman kami mengikut citarasa para pelanggan kami. Bermula dengan azam yang baru dan matlamat yang sama, kami ingin memperluaskan lagi produk minuman kami ke serata negeri dan ke serata dunia. Minuman yang dikeluarkan oleh seorang pengusaha yang berjaya dan gigih berusaha dalam menentukan hala tuju syarikat Bota Best Enterprise ini.

Promosi!!!!

1.25 Liter (7 Jenis) Sebotol
Harga = RM 2.30

1.25 Liter (Isotonik) Sebotol
Harga = RM 2.50

500 ml (8 Jenis) Sebotol
Harga = RM 1.50

Harga 1 Set  1.25 Liter ( 14 peti / 14 dozen)
Tunai = RM 23.40 x 14 = RM 327.60
Hutang = RM 24.00 x 14 = RM 336

Harga 1 Set 500 ML (14 Peti)-24 botol 1 peti
Tunai = RM 32.60 x 14 = RM 456.40
Hutang = RM 33.60 x 14 = RM 470.40

Mari SEGERA dapatkan minuman kami yang ENAK dan SEDAP!!



PRODUK UTAMA KELUARAN SYARIKAT


Adalah menjadi hasrat serta objektif kami di Bota Best Enterprise untuk mempertingkatkan lagi produk keluaran syarikat ini serta memperluaskan lagi pasaran ke peringkat nasional  sehingga di kenali ramai.



Produk Utama Keluaran Syarikat
BOTA BEST ENTERPRISE:

Kegiatan utama syarikat kami adalah sebagai pengeluar dan pengedar air minuman Berkarbonat dengan tujuh jenis perisa yang di botolkan dalam 2 sukatan ia itu 1.25 Liter dan 500 mL.
Tujuh Perisa minuman yang kami sediakan untuk pilihan pengguna adalah seperti berikut:

  1.  Perasa Oren
  2.  Perasa Sarsi
  3.  Perasa Aiskrim Soda
  4.  Perasa Cola
  5.  Perasa Anggur
  6.  Perasa Strawberry
  7.  Perasa Buah-buahan 
  8.  Isofresh - Minuman Isotonik
  9.  Air Minuman Bertapis

* AIR ZAM-ZAM JUGA TERDAPAT DISINI *



WAWASAN DAN OBJEKTIF BOTA BEST ENTERPRISE

1. WAWASAN

  • Menjadi pesaing utama kepada semua pengeluar minuman berkarbonat.
  • Menerokai produk-produk baru mengikut keperluan dan kegemaran ramai.
  • Menerapkan kecemerlangan dan perkhidmatan yang berkualiti untuk kepuasan pelanggan dan peruncitan.




2. OBJEKTIF

  • Mengurus perniagaan yang memenuhi keperluan pelanggan serta mencapai kepuasan pelanggan.
  • Mempertingkatkan keuntungan perniagaan dan meminimakan rungutan pelanggan.  
    ‘RUNGUTAN SIFAR’.

  • Meningkatkan Ilmu dan kualiti pekerja dengan memberi latihan yang berterusan.




  • Menikmati keuntungan syarikat sama rata melalui bayaran intensif kepada pekerja.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

BOTA BEST ENTERPRISE adalah sebuah syarikat Bumiputra muslim  yang bergiat dalam industri permakanan. Di uruskan oleh usahawan-usahawan muda yang berpengalaman dalam bidang industri makanan. Berbekalkan semangat kerja yang berdaya maju dan agresif, kami bersatu tenaga dan fikiran dalam menentukan hala tuju BOTA BEST  ENTERPRISE sebagai sebuah syarikat yang terlibat secara langsung dalam industri makanan halal.

               Berpengkalan di Bota Kanan Perak, BOTA BEST ENTERPRISE telah mula beroperasi sejak 28 Disember 2006. Bidang perniagaan utama kami adalah sebagai pengeluar serta pengedar minuman berkarbonat untuk kegunaan pengguna terutama pengguna islam. Kami menyediakan tujuh jenis perisa minuman sebagai pilihan pengguna.

               Kami telah menerima begitu banyak sokongan dan kerjasama dari para peruncit serta pengguna yang telah dapat menerima produk kami. Sehingga kini produk kami telah di pasarkan di dalam Negeri Perak dan Selangor dan akan memperluaskan lagi pemasaranya di seluruh Negeri di Malaysia.