PRODUK UTAMA KELUARAN SYARIKAT


Adalah menjadi hasrat serta objektif kami di Bota Best Enterprise untuk mempertingkatkan lagi produk keluaran syarikat ini serta memperluaskan lagi pasaran ke peringkat nasional  sehingga di kenali ramai.



Produk Utama Keluaran Syarikat
BOTA BEST ENTERPRISE:

Kegiatan utama syarikat kami adalah sebagai pengeluar dan pengedar air minuman Berkarbonat dengan tujuh jenis perisa yang di botolkan dalam 2 sukatan ia itu 1.25 Liter dan 500 mL.
Tujuh Perisa minuman yang kami sediakan untuk pilihan pengguna adalah seperti berikut:

  1.  Perasa Oren
  2.  Perasa Sarsi
  3.  Perasa Aiskrim Soda
  4.  Perasa Cola
  5.  Perasa Anggur
  6.  Perasa Strawberry
  7.  Perasa Buah-buahan 
  8.  Isofresh - Minuman Isotonik
  9.  Air Minuman Bertapis

* AIR ZAM-ZAM JUGA TERDAPAT DISINI *



WAWASAN DAN OBJEKTIF BOTA BEST ENTERPRISE

1. WAWASAN

  • Menjadi pesaing utama kepada semua pengeluar minuman berkarbonat.
  • Menerokai produk-produk baru mengikut keperluan dan kegemaran ramai.
  • Menerapkan kecemerlangan dan perkhidmatan yang berkualiti untuk kepuasan pelanggan dan peruncitan.




2. OBJEKTIF

  • Mengurus perniagaan yang memenuhi keperluan pelanggan serta mencapai kepuasan pelanggan.
  • Mempertingkatkan keuntungan perniagaan dan meminimakan rungutan pelanggan.  
    ‘RUNGUTAN SIFAR’.

  • Meningkatkan Ilmu dan kualiti pekerja dengan memberi latihan yang berterusan.




  • Menikmati keuntungan syarikat sama rata melalui bayaran intensif kepada pekerja.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

BOTA BEST ENTERPRISE adalah sebuah syarikat Bumiputra muslim  yang bergiat dalam industri permakanan. Di uruskan oleh usahawan-usahawan muda yang berpengalaman dalam bidang industri makanan. Berbekalkan semangat kerja yang berdaya maju dan agresif, kami bersatu tenaga dan fikiran dalam menentukan hala tuju BOTA BEST  ENTERPRISE sebagai sebuah syarikat yang terlibat secara langsung dalam industri makanan halal.

               Berpengkalan di Bota Kanan Perak, BOTA BEST ENTERPRISE telah mula beroperasi sejak 28 Disember 2006. Bidang perniagaan utama kami adalah sebagai pengeluar serta pengedar minuman berkarbonat untuk kegunaan pengguna terutama pengguna islam. Kami menyediakan tujuh jenis perisa minuman sebagai pilihan pengguna.

               Kami telah menerima begitu banyak sokongan dan kerjasama dari para peruncit serta pengguna yang telah dapat menerima produk kami. Sehingga kini produk kami telah di pasarkan di dalam Negeri Perak dan Selangor dan akan memperluaskan lagi pemasaranya di seluruh Negeri di Malaysia.